Sunday, January 6, 2013

BIDADARI SYURGA



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang emasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).

Bejihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

Kisahnya....

"Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat dalam kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut...Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi . Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi dan tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia.. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia, di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan begitu.. Tidak pernah dilihat di dunia ini.. Lalu diberi salam dan dia bertanya adakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab "ehh,tidak.. Saya khadamnya.. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan emasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-berganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata perhiasan di dala mahligai.. Lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardhiah? Lalu wanita itu menjawab, "eh,tidak. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini.. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana.. Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Dan tak pernah dia lihat di dunia.. Lalu wanita itu berkata.. Akulah Ainul Mardhiah,aku diciptakan untuk kau dan kamu diciptakan untuk aku. Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Nanti! Kamu belum syahid lagi.." Tersentak pemuda itu lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain,namun begitu dia meesan agar janga menceritakan cerita ini kepada nabi SAW. Tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika seua jemaah telah pulang ke masjid, pada waktu hendak berbuka puasa sambil menunggu makanan untuk berbuka, maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan mendekati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi. Dalam menceritakan itu,nabi menjawab benar,benar,benar.. Dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.. Subhanallah..


*semoga cerita di atas memberi kita pengajaran dan tauladan dala diri masing-masing..

No comments:

Post a Comment