Sunday, March 6, 2011

Demi Cinta Suci

Pernah hatiku luka pedih
kerana dicalari
cinta penuh duri
cemas aku dalam dilema
kata janji manis
sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih
bagai mencari mutiara putih
walau ke dasar lautan
sanggup kuselami
namun tak percaya
apa yang telah aku terjumpa
kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan ini
demi sinar bahagia
kuhambakan diri
pada-Nya yang Esa

Baru kini kurasai
nikmat cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri
akan aku tabah menempuhnya
menyubur iman
di dalam jiwa

Demi cinta hakiki
kusanggup redahi
apa yang terjadi
apalah erti cinta suci
andai janji-janji
sering dimungkiri
apalah erti cinta suci
andai kata-kata
sering didustai...

Aku sedia menunggumu hingga ke pintu syurga....
Demi cinta ini,
Demi cinta yang suci....

No comments:

Post a Comment